Thursday, 1 July 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

 Setiap tugasan sepanjang 14 minggu disertakan dengan pautan di bawah :


1. BIODATA DIRI


4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

5. ASAS GRAFIK MUDAH

6. ASAS GRAFIK WARNA

7. ASAS GRAFIK TEKS

8. ASAS GRAFIK KESESUAIAN

9. ASAS GRAFIK KESEIMBANGAN

10. MUG SHOT

11. CLOSE UP

12. CERITA SOSIAL 2

13. TEORI STUBBS

14. CELIK BAHASA ISYARAT

15. BAHAN ASAS GRAFIK

16. LONG SHOT

17. MEDIUM SHOT

18. PORTRAIT

19. PEMANDANGAN

20. KABUR

21. SILUET

22. OVER THE SHOULDER

23. PENDUA

24. BIRD'S EYE VIEW

25. PETA MINDA ASAS FOTOGRAFI

26. ANALISIS CERITA SOSIAL

27. DILEMA PENGEMBARA

28. ASAS FOTOGRAFI (FLATLAY)

29. NOTA TEORI ANALISIS WACANA (VANDIJK, 1977)

30. NOTA TEORI ANALISIS WACANA (FAIRCLOUGH, 1995)

31. NOTA FLATLAY

32. INSTAGRAM

33. TWITTER

34. SIMPULAN BAHASA

35. VIDEO SETEMPAT

36. VLOG HARI RAYA

37. STARTEGI KOMUNIKASI

38. ONE SHOT

39. BAB 5 (TAKSONOMI DAN PENDEKATAN STRATEGI KOMUNIKASI)

40. PANTUN 4 KERAT

41. KESILAPAN

42. KEMANUSIAAN

43. PERUBAHAN

44. KESEDARAN

45. TEKA -TEKI

46. VIDEO FOKUS

47. VIDEO SERAM

48. VIDEO TRAGEDI

49. DRAMA KOREA: REALITI ATAU FANTASI

50. ALAM SEMULA JADI

51. KISAH SEDIH

52. KEINDAHAN

53. SUASANA

54. MISTERI KOPI

55. RESENSI BUKU

56. TEMU BUAL

57. SEPI


Dengan ini, saya Nur Afiqah Binti A.Malek (204116) mengakui bahawa setiap tugasan yang dilakukan adalah merupakan hasil karya sendiri (individu) dan hasil karya secara bersama (kumpulan). Tugasan yang diberikan sepanjang 14 minggu telah siap sepenuhnya mengikut senarai tugasan di atas. Semoga setiap usaha yang dilakukan ini menepati kehendak Prof. Terima kasih atas tunjuk ajar yang diberikan, Prof. 

Friday, 25 June 2021

BBM3410-2021-MINGGU 14-RESENSI BUKU

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus : Penerbit Universiti Malaysia Terengganu. 


RESENSI BUKU

Salam minggu terakhir semester 4 & Salam tugasan terakhir 😚 Ye, tugasan resensi buku ada dua. Satu resensi buku multimedia by group dan ini resensi buku kajian wacana by individu. Ye, kami ada dua buku dan kedua-dua buku ditulis oleh pensyarah kursus BBM3410 iaitu Prof Dr. Normaliza Abd Rahim. Untuk pengetahuan, first time aku weh aku buat resensi buku. Tak dinafikan, aku banyak belajar sesuatu yang baharu sepanjang aku mengikuti kursus ini. Kursus ni juga lebih kepada praktikal, so kita takdelah belajar teori semata tapi kita buat juga secara fizikal. Banyak ? Memang banyak tapi bak kata Prof, nanti kami akan guna segala pengetahuan ni bila dah kerja. 


So, jom lah layan aku bercakap. Lepasni dah takde, jangan rindu tau 😘 Tekan link di bawah !



https://youtu.be/2hLBTPvySw0



Bukti kehadiran terakhir :')




BBM3410-2021-MINGGU 14-SEPI (INSTAGRAM)

 SEPI

Sedar tak sedar, kita dah sampai penghujung semester. Bila dah minggu terakhir, jadi tugasan ni juga merupakan tugasan terakhir 😕 Buat rakan-rakan socmed ku, lepasni takde dah lah aku post gambar dengan caption yang agak janggal untuk aku buat. HAHA. Tugsan terakhir ni bertemakan sepi. Aku seorang yang tak suka kesepian dan keseorangan. Namun, setiap orang akan ada fasa di mana mereka terasa sepi biasanya bila tiba waktu malam. Sebelum lelap mata, berangan dulu sambil mengenang kisah lalu 😂 

Malas borak banyak. Tengok lah caption kawan aku yang lain tuh. Kan last tugasan, manalah tahu nanti rindu 😝




Post rakan-rakan <3












Last bukti kehadiran. Wuuu !





Thursday, 24 June 2021

BBM3410-2021-MINGGU 14-TEMU BUAL

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 

Temu Bual

Tajuk : Pembelajaran dalam Talian

Tetamu : Nur Aqilah Malek


Balik-balik tengok muka aku je kan ? rilek, sikit je lagi ni. Okay, untuk tugasan minggu 14 aku kena buat video temu bual. Kali ni korang tak bosan sangat sebab bukan aku sorang je bercakap. Tetamu dalam video ni aku jemput khas dari luar negara. Mana mungkin ! Time covid covid ni nak keluar pun takboleh jadi kat situ lah adik-beradik kau kena mainkan peranan. Tapi betul weh, adik-beradik aku banyak membantu terutama bab rakam video. Nanti kena belanja dorang lah ni 😑 Topik yang cuba aku bawakan adalah berkaitan pembelajaran secara dalam talian (e-learning). Alaa takboleh lah cerita banyak-banyak, korang tengok lah sendiri tau. 

Klik link bawah ni okies !💗



https://youtu.be/r1SzITmBwcQ





Bukti kehadiran minggu 14

Tuesday, 22 June 2021

BBM3410-2021-MINGGU 13-SUASANA (INSTAGRAM)

 SUASANA

Dalam hidup kita ni, kita akan menghadapi pelbagai suasana. Setiap orang berbeza suasana yang membuatkan mereka akan ingat ingat sampai bila-bila. Kalau aku, suasana roll call pagi yang aku paling ingat sebab pukul 4 pagi aku dah kena bangun. Ye, aku tak suka berebut toilet dan beratur menunggu giliran untuk mandi. Biarlah aku kena bangun awal pun asalkan tak berebut toilet. Setiap hari rabu, kami ada roll call. Kalau aku rajin, aku tidur KPZ kalau malas aku tidur je serumpun. Ohh ye, aku suksis tapi menetap di kolej 12. Kalau nak cerita kenapa tuh panjang ceritanya. haha 😆 Apa yang seronok sangat suasana ni bila kau mengantuk sebenarnya tapi kau kena paksa diri berdiri hampir satu jam. Biasalah, kalau part sakit sakit ni, orang akan ingat sampai bila-bila kan. Satu je harapan aku, semoga kita dapat berkumpul semula macam ni nanti. In shaa Allah, Aamiin. 




Post rakan-rakan <3











Bukti kehadiran M13





BBM3410-2021-MINGGU 13-MISTERI KOPI

 Kredit : Dewan Bahasa dan Pustaka

Hai coffee lovers ! Tengok tajuk mesti korang macam takut takpun was-was. Apa yang misteri sangat kopi ni ? Topik yang disampaikan oleh Dr Aliaa Roslan ni sangat menarik untuk mereka yang suka kopi. Macam aku, kalau tak dapat kopi sehari boleh lemau badan. Dah macam dadah. Risau jugak kalau kita ketagih ni boleh memudaratkan kesihatan. Tetapi, Dr Aliaa cakap sukatan pengambilan kopi setiap hari takboleh lebih daripada 4 cawan. Fuhh selamat ! Aku biasanya sehari sekali je minum. 😆 Perkongsian daripada Dr Aliaa tadi memberi sedikit sebanyak input kepada kami antaranya jenis kopi yang popular di Malaysia dan luar negara, kedai kopi yang terkenal dan resepi bancuhan kopi daripada Dr sendiri. Dr Aliaa punya gemar minum kopi sampai ada coffee corner sendiri dan mesin kopi.

For those yang nak tengok, boleh tekan link below 😘



https://youtu.be/d-q-toRLmD4





 - Soalan yang diajukan -



- Kedai kopi kegemaran -



- fav : Nescafe caremel latte -






Wednesday, 16 June 2021

BBM3410-2021-MINGGU 12-KEINDAHAN (INSTAGRAM)

 KEINDAHAN

Perspektif keindahan ni kalau nak dirungkai satu persatu agak banyak. Setiap orang mempunyai keindahan mereka yang tersendiri. Keindahan sering dikaitkan dengan sesuatu yang tampak indah serta membawa aura positf kepada seseorang. Bagi aku, selain melihat keindahan alam semula jadi. Mempunyai keluarga yang penyayang dan bahagia juga satu keindahan bagi aku. Ye, keindahan yang perlu kita syukuri. Jadi, keindahan menurut kamu apa ? 😉












Bukti kehadiran M12





SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

 Setiap tugasan sepanjang 14 minggu disertakan dengan pautan di bawah : 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA ...