Thursday 8 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CELIK BAHASA ISYARAT


CELIK BAHASA ISYARAT


KREDIT : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA



https://youtu.be/-h5hlplln24


Video yang dilampirkan merupakan perkongsian daripada Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim mengenai topik yang sangat bermanfaat iaitu “Celik bahasa isyarat”. Beliau menyatakan bahawa beliau hanya mengambil masa dua bulan untuk mahir bertutur menggunakan bahasa isyarat hanya menggunakan medium dalam talian iaitu twitter. Beliau juga mempraktikkan bahasa isyarat bersama keluarganya biarpun anak-anaknya tidak memahami apa yang cuba disampaikan. Beliau berkata, cara tersebut dapat menggalakkan anak-anaknya untuk turut serta mempelajari dan mempraktikkan bahasa istimewa ini. Menurut Prof Normaliza, mempelajari bahasa isyarat ini merupakan suatu kepentingan terutama pada generasi muda walaupun pada beliau usia bukanlah menjadi faktor penghalang kejayaan seseorang. Hal ini dikatakan demikian kerana, penggunaan bahasa isyarat dapat membantu seseorang untuk berkomunikasi dengan golongan kelainan upaya. Selain itu, penggunaan bahasa isyarat juga dapat digunakan untuk menunjukkan ekspresi marah ataupun ketika tiada suara untuk dilontarkan. Umum mengetahui bahawa, hanya segelintir masyarakat yang mahir bertutur menggunakan bahasa isyarat. Situasi ini membuka mata masyarakat bahawa pentingnya mempelajari dan mempraktikkan keunikkan bahasa isyarat yang hanya menggunakan postur tangan untuk menggambarkan seribu satu cerita buat mereka yang digelar istimewa. 



Bukti kehadiran








No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

 Setiap tugasan sepanjang 14 minggu disertakan dengan pautan di bawah : 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA ...