Wednesday 24 March 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1A

Pepatah Melayu ada mengatakan, "Tak kenal maka tak cinta". Jadi, jom kita berkenalan 😍

Hi, Assalamualaikum ! 

Nama diberi Nur Afiqah Binti A.Malek. Lebih mesra dikenali sebagai Fiqa. Bernombor matrik 204116. Berasal dari negeri 'The Red Giant'. Ya, tiada yang menarik di sini hanya pembangunan yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Mahu bercinta dengan alam ? Marilah ke Hulu Selangor. Berusia 22 tahun dan masih muda 😜 Puteri tercinta kepada Encik Malek dan Puan Azian (Bakal mertua awak). Merupakan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik dan paling garang antara mereka. Jaga-jaga ! Seorang yang mudah untuk berkawan dan tidak selesa bersendirian. 

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali dan meneruskan persekolah di sekolah harian biasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali. Selepas SPM, saya mendapat tawaran ke sebuah IPTA tetapi saya memilih untuk menyambung Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Dong, Pahang. Kenapa jauh sangat sekolah ? Dari Selangor ke Pahang. Ye, memang dah niat awal-awal nak tukar sekolah di kampung. Kini, saya melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahasa & Linguistik Melayu) di salah sebuah institusi terkemuka Malaysia iaitu Universiti Putra Malaysia. Pada awalnya, UPM bukanlah salah sebuah universiti yang diidamkan namun perancangan Allah itu jauh lebih baik. Cita-cita ? Sudah semestinya seorang pendidik ! Entah mengapa naluri ini kuat sungguh mengatakan bahawa suatu hari nanti, Nur Afiqah bakal menjadi seorang guru. Aamiin.! 

Semoga diri ini terus kuat menempuh liku-liku bergelar seorang pelajar. Insya-Allah

Doakan insan kerdil yang mengejar cita-citanya sendiri 💓

Salam sayang ; Fiqa !



No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

 Setiap tugasan sepanjang 14 minggu disertakan dengan pautan di bawah : 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA ...