Wednesday, 7 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2

CERITA SOSIAL 2 - SAYA YANG ISTIMEWA

Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT. Kuala Nerus

Cerita sosial 2 - saya yang istimewa mengisahkan keistimewaan kanak-kanak yang bernama Alim. Sifat Alim yang sangat pemurah dan suka berkongsi dengan orang lain menyebabkan dia disegani oleh orang-orang disekelilingnya. Kisah bermula pada hari ahad yang lalu apabila bapa Alim pulang ke rumah dengan  membawa pulang buah-buahan yang dibelinya di pasar tani. Antara buah-buahan yang dibeli oleh bapa ialah, buah rambutan, buah durian, buah manggis, buah langsat, buah duku dan pelbagai lagi jenis buah tempatan. Abang Imran sempat bertanya dimana bapanya membeli buah tersebut, lalu bapa terus menjawab pertanyaan anaknya itu bahawa dia membeli di pasar tani dan menyuruh abang Imran memanngil serta mengajak semua untuk makan buah-buahan tersebut bersama-sama. Dengan pantas, Aisyah berlari mendapatkan manggis manakala kak Madinah pula melompat keriangan sambil menjerit terkejut kerana melihat buah-buahan yang terlalu banyak.

Melihat telatah anaknya yang seakan tidak sabar mahu menjamah buah-buahan yang dibeli oleh bapa, ibu terus mendapatkan beg plastik dan menyediakan bakul sampah. Kata ibu, semua sampah harus dimasukkan dalam bakul sampah tersebut supaya sampah itu tidak dibiarkan merata. Ibu khuatir rumah akan menjadi kotor dan bersepah. Kesemua anaknya menganggup tanda faham dengan arahan ibu. Sedang enak makan buah, Alim mendapatkan ibu. Alim terus menyatakan hasratnya dan meminta izin untuk memberi sedikit buah-buahan tersebut kepada rakan baiknya iaitu Sulaiman. Alim ingat pesan ibu bapanya supaya sentiasa berkongsi barang atau makanan yang kita suka merupakan salah satu perbuatan yang baik. Ibu menghulurkan plastik yang mengandungi buah rambutan dan manggis kepada Alim. Kata ibu, dia melihat rakan baik anaknya iaitu Sulaiman sedang menyiram pokok bunga. Alim menerima plastik merah yang disediakan oleh ibu kepadanya. Alim berlari dan mengucapkan terima kasih pada ibu sebelum mendapatkan Sulaiman.  

    Alim terus memberikan plastik yang berisi buah-buahan tersebut pada sulaiman. Terukir senyuman di raut wajahnya sambil mengucapkan terima kasih pada Sulaiman atas pemberian tersebut. Alim tersenyum puas lalu berlari ke pangkuan keluarganya semula. Alim merupakan seorang kanak-kanak yang baik. Dia juga sangat memahami bahawa sifat berkongsi itu merupakan perbuatan yang sangat baik terutama apabila dia perlu berkongsi barang atau makanan yang digemarinya. Alim juga percaya, perbuatannya yang suka berkongsi itu turut membuatkan adik-beradiknya iaitu abang Imran, kak Madinah dan Aisyah akan berkongsi dengannya juga. Usai makan, Alim terus menolong abang Imran, kak Madinah, ibu dan bapa mengemas rumah. Sedang Alim berjalan membawa plastik sampah yang berisi kulit buah-buahan yang sudah dimakan, Alim terserempak dengan mak rakan baiknya Sulaiman iaitu mak cik Timah.

Sibuk menyapu lantai di luar rumah, mak cik Timah menyapa Alim dan mengucapkan terima kasih atas pemberian Alim kepada anaknya, Sulaiman. Alim terus membalas ucapan tersebut sambil menyatakan bahawa perbuatan berkongsi itu merupakan perbuatan yang baik. Alim ingat kata ibu bahawa mak cik Timah, pak cik Yakub dan Sulaiman juga sangat baik dengan jirannya. Mak cik  Timah gembira kerana Alim sangat baik dengan Sulaiman. Kata Alim, Sulaiman ialah rakan baiknya dan dia sangat menyukai berkawan dengan Sulaiman. Usai berborak dengan Alim, mak cik Timah berjalan masuk ke rumah dan sempat berdoa akan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga. 



Bukti kehadiran


No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

 Setiap tugasan sepanjang 14 minggu disertakan dengan pautan di bawah : 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA ...