Sunday, 25 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5-ASAS FOTOGRAFI (FLATLAY)

Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019) Multimedia dalam Bahasa. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.


https://youtu.be/VUwoRO8ZhvI


Hai, Assalamualaikum ! Untuk minggu ni, masih topik yang sama iaitu asas fotografi. Cuma, tugasan kali ni agak mencabar sikit 😓 Mungkin untuk aku je mencabar, tapi tidak untuk yang lain. hehe ! Kenapa mencabar ? sebab kena ambil gambar dari empat sudut yang berbeza. Pheww ! Gigih juga lah seketul Afiqah nak mencari lighthing dan sudut yang cantik. Yang paling aku tak boleh lupa, gigih tau aku mencari props untuk buat tugasan ini. Kalau diingatkan balik, kelakar juga tapi mungkin boleh diabadikan sebagai kenangan bila dah tamat pengajian nanti kan ? ye, kenangan yang akan aku simpan dan mungkin akan dirindukan 😢

Okayy, aku nak terangkan sedikit tentang tugasan ini supaya kalian jelas apa lah yang aku buat ni kan 😂

So, flatlay ni ada 4 jenis. Paling senang bagi aku, flatlay lah sebab tak perlu fikir berapa darjah yang penting gambar dari sudut atas. Bila kita ambil gambar, keseluruhan gambar akan kelihatan kecil. Kau ambil je gambar apa-apa asalkan gambar tuh nampak semua. Teknik yang kedua, Half flatlay. Gambar diambil pada kedudukan kamera 45 darjah. Quarter flatlay pula gambar yang diambil pada kedudukan kamera 22.5 darjah. Haa, dua teknik ni lah agak celaru sikit untuk aku bezakan tapi semua berjalan lancar. Alhamdulillah 😆 Yang terakhir ni paling seronok iaitu zero flatlay. Teknik ini kau ambil lah gambar apa pun, asalkan gambar tuh dari sudut sama baris dengan lantai. senang kan ? Haha. 

Rasanya, itu je yang nak dikongsikan. Selamat menonton, semua !💓


Bukti Kehadiran 





No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

 Setiap tugasan sepanjang 14 minggu disertakan dengan pautan di bawah : 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA ...