Thursday 22 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5-DILEMA PENGEMBARA

DILEMA PENGEMBARA


KREDIT : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA



https://youtu.be/bQCPNh8Es1o



Video yang dilampirkan merupakan perkongsian daripada  Dr. Siti  Nur Aliaa Roslan mengenai topik yang sangat menarik iaitu “Dilema Pengembara”. Beliau menyatakan bahawa beliau sudah mengembara ke 21 buah negara. Pada pendapat beliau, pengembara bukanlah sekadar mengembara di luar negara tetapi pengembara ialah orang yang keluar dari tempat asal kemudian berani mengambil tindakan keluar dari zon selesa untuk berhijrah ke suatu tempat baharu dan asing. Umum mengetahui, tindakan yang dilakukan oleh seseorang pasti mempunyai tujuan atau matlamat tertentu. Begitu juga dengan Dr  Siti Nur Aliaa Roslan yang mengembara untuk mempelajari sesuatu yang baharu. Setiap negara amnya mempunyai keunikannya tersendiri daripada pelbagai aspek iaitu bahasa yang dituturkan, adat, makanan, pakaian dan layanan. Perbezaan dari segi keunikan ini membuatkan beliau sentiasa inginkan pengembaraan, tidak lain dan tidak bukan untuk mempelajari sedikit sebanyak dari negara yang dikunjungi. Dalam kemanisan pasti ada kepahitan yang dirasai. Menurut perkongsian Dr Siti Nur Aliaa Roslan, perkara yang paling susah adalah untuk menyesuaikan diri di tempat baru ialah komunikasi. Beliau mengambil masa 3 bulan untuk berkomunikasi mengikut bahasa yang digunakan di United Kingdom. Beliau juga turut memberikan tips untuk pengembara supaya membuat perancangan terlebuh dahulu. Persediaann dari segi kewangan dan perubatan merupakan antara aspek yang paling penting sebelum mengembara terutama ketika kecemasan. Oleh itu, dapat saya simpulkan bahawa, mengembara merupakan perkara yang sangat menarik untuk dilakukan kerana selain dapat melihat keindahan negara luar, kita juga dapat mempelajari perbezaan dan keunikan negara lain. Bak kata pepatah, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri.





Bukti kehadiran







No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

 Setiap tugasan sepanjang 14 minggu disertakan dengan pautan di bawah : 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA ...