Friday, 11 June 2021

BBM3410-2021-MINGGU 11-KISAH SEDIH (FACEBOOK)

 KISAH SEDIH

Pautan di Facebook, kena cerita kisah sedih. Macam aku cakap kat bawah tuh, kisah sedih dalam hidup aku ni banyak sebab aku ni mudah tersentuh. Berita gembira pun kadang-kadang aku menangis. Tisu sangat dan sukar digambarkan 😂 Setelah diteliti, aku cerita lah antara salah satu tragedi yang menyayat hati dan aku takkan lupakan sampai bila-bila. Kalau berkaitan kucing atau binatang, kau jangan main main. Sejak kejadian yang berlaku pada ateh tempoh hari, aku jadi paranoid dan lebih berhati-hati. Itulah, setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Betul kata orang, bila kita memilih untuk menyayagi sesuatu kita mesti bersedia untuk kehilangan. Setiap yang bernyawa pasti akan mati kan ? Reda dengan ketentuanNya 💓

Jom layan kisah sedih aku. Mohon sediakan tisu 😢




Kisah sedih rakan-rakan <3











BBM3410-2021-MINGGU 11-ALAM SEMULA JADI (TWITTER)

 ALAM SEMULA JADI 

Alam semula jadi sangat dekat dengan diri seorang Afiqah. Taknak cerita tempat orang, aku cerita keunikan dan keindahan tempat aku membesar. Hulu Selangor 💓 Makna perkataan hulu pun kita dah tahu mesti tempat tuh berada dekat dekat hutan, belah hulu. Betul, Hulu Selangor ni sebuah daerah yang dikelilingi hutan, sungai dan bukit bakau. Kalau nak explore memang banyak, aku pun tak habis explore lagi. Untuk tugasan minggu ni, aku discover lah beberapa tempat yang aku pernah pergi. Tempat yang aku senaraikan tuh semuanya tempat yang dekat dengan rumah aku. Kampung Hulu Rening, tempat aku suka berbasikal. Kampung ni sejuk mungkin faktor kawasan kampung yang dekat dengan Genting. Kalau berbasikal pagi-pagi berkabus weh ! Macam-macam ada kat kampung ni dan sering menjadi salah satu tempat peranginan yang sering dilawati oleh penduduk dari bandar. Jauh dari kesesakan bandar dan penuh ketenangan. cewahh !

So, jom discover Husel 💖




Tweet rakan-rakan <3











Bukti kehadiran




BBM3410-2021-MINGGU 11-DRAMA KOREA: REALITI ATAU FANTASI

 Kredit : Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Topik yang dibicarakan oleh Prof malam tu sangat menarik. Aku bukanlah peminat korea tapi bila dengar prof review satu-satu drama tu, aku tertarik pulak. Sabar jap, cuti sem nanti memang aku marathon satu-satu 😂 Actually, masa cuti sem haritu aku dah start layan drama korea tau ? Pengaruh daripada member lah dan dorang jugak yang suggest drama apa. Aku paling suka Decendents of the sun dan Crash landing on you. Weh, cerita tuh buat aku falling in love dengan drama korea tau. Berangan-angan je bila layan. Tahu cerita tuh dah lama tapi biasalah beginner. HAHAHAHA. 

Korang mana yang nak tengok Prof review drama korea tuh boleh tekan link youtube di bawah okies ✌


https://youtu.be/zNx2BjyJmlA










Sunday, 6 June 2021

BBM3410-2021-MINGGU 10-VIDEO FOKUS (KLIK KLIK)

 Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.


Hai, Assalamualaikum semua ! Macam biasalah, tugasan video lagi. Kalini tajuk diberi adalah video fokus tanpa wajah. Haa, nanti kalau dah tengok jangan lah pelik pulak kenapa muka tak nampak. Bukan salah kamera tapi memang itu rules dia 😎 Pelakon ? Masih bersama ahli kumpulan dan semestinya ada aku. hahaha 😂 Dalam video fokus, kami fokuskan pada sebatang pen yang menjadi harapan kepada kejayaan seorang anak. Ehh, manaboleh cerita lebih-lebih. Korang tengok lah sendiri ! 

Selamat menonton :)



https://youtu.be/8EMFvfVqni4


Bukti kehadiran



BBM3410-20210MINGGU 10-VIDEO TRAGEDI (KLIK KLIK)

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019) Multimedia dalam Bahasa. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia. 


Hai, Assalamualaikum ! Ye, video lagi 😅 Video ni merupakan video tragedi. Pernah layan cerita psycho? ye, itulah idea yang cuba kami sampaikan dalam video ni. Dalam video ni ada jump scare dan bila korang tengok mesti korang ternanti-nanti apa yang akan jadi seterusya. hehe 😏 Bila kena buat tugasan video ni kan buat aku realize sesuatu, sebenarnya semua orang ada bakat berlakon cuma takde platform untuk menonjolkan bakat. Bila ada tugasan macam ni, semua dah mula tonjolkan bakat setiap sorang. 

Ok, jom layan !



https://youtu.be/rzdXN1UXHaU



Bukti kehadiran



BBM3410-2021-MINGGU 10-VIDEO SERAM (KLIK KLIK)

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.


Hai, Assalamualaikum ! Jadi, untuk kalini kami diberikan tugasan video seram 👻 Salah seorang pelakon ? Mestilah aku ! Actually, aku bukan jenis yang terlalu berani tapi orang cakap jangan pula terlalu takut. Kiranya, aku ni tengah-tengah lah. hahaha 😆 Dalam ni korang boleh tengok idea kami untuk bahagikan part setiap sorang. Sangat mencabar sebab kami terpaksa rakam dekat rumah masing-masing, kami terpaksa keluarkan idea macam mana nak jadikan jalan cerita ni saling berkait. Kalau dekat kolej, kami boleh jumpa untuk rakam bersama. Tapi itulah, keadaan tak mengizinkan. 

Credit to adik-adik along sebab sorang jadi camera women dan sorang lagi jadi hantu. Mostly setiap tugasan along, dorang lah yang bertungkus lumus tolong along. Terima kasih adik ! Nanti along belanja 😜

Ok jom tengok ! 👻



https://youtu.be/lAosPXTjNeo


Bukti Kehadiran 



Wednesday, 2 June 2021

BBM3410-2021-MINGGU 10-KESEDARAN (TWITTER)

 KESEDARAN

Kata orang, kita akan mulai sedar bila kita dah kehilangan. Emm, korang rasa betul ke ? Bagi aku, ada betulnya jugak. Yelah, bila dia ada kita buat endah tak endah je. Tapi, bila dah pergi mesti kita rasa sunyi dan rasa kehilangan. Aipp ! pergi yang aku maksudkan ni bukan pergi jalan-jalan tapi bila seseorang tuh pergi buat selama-lamanya dan bertemu sang Pencipta. Tapi, bagi aku kesedaran yang sebenar-benarnya bila kita bersyukur dalam apa jua tindakan yang kita lakukan. Kadang, kita ni tak bersyukur dengan apa yang kita dapat. Contoh, dah dapat A tapi tanya pulak kenapa aku tak dapat A+. Macam aku cakap lah, sifat manusia memang begitu. Jadi, bila kita sedar yang kita ni bersyukur, rezeki kita akan sentiasa bertambah. Walau tak banyak tapi kita sentiasa rasa cukup. Last but not least, lebihkan syukur. In shaa Allah, kita akan sentiasa rasa cukup. Love xoxo !




Tweet rakan-rakan <3








Bukti kehadiran



SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

 Setiap tugasan sepanjang 14 minggu disertakan dengan pautan di bawah : 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA ...