Sunday, 25 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5-ASAS FOTOGRAFI (FLATLAY)

Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019) Multimedia dalam Bahasa. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.


https://youtu.be/VUwoRO8ZhvI


Hai, Assalamualaikum ! Untuk minggu ni, masih topik yang sama iaitu asas fotografi. Cuma, tugasan kali ni agak mencabar sikit 😓 Mungkin untuk aku je mencabar, tapi tidak untuk yang lain. hehe ! Kenapa mencabar ? sebab kena ambil gambar dari empat sudut yang berbeza. Pheww ! Gigih juga lah seketul Afiqah nak mencari lighthing dan sudut yang cantik. Yang paling aku tak boleh lupa, gigih tau aku mencari props untuk buat tugasan ini. Kalau diingatkan balik, kelakar juga tapi mungkin boleh diabadikan sebagai kenangan bila dah tamat pengajian nanti kan ? ye, kenangan yang akan aku simpan dan mungkin akan dirindukan 😢

Okayy, aku nak terangkan sedikit tentang tugasan ini supaya kalian jelas apa lah yang aku buat ni kan 😂

So, flatlay ni ada 4 jenis. Paling senang bagi aku, flatlay lah sebab tak perlu fikir berapa darjah yang penting gambar dari sudut atas. Bila kita ambil gambar, keseluruhan gambar akan kelihatan kecil. Kau ambil je gambar apa-apa asalkan gambar tuh nampak semua. Teknik yang kedua, Half flatlay. Gambar diambil pada kedudukan kamera 45 darjah. Quarter flatlay pula gambar yang diambil pada kedudukan kamera 22.5 darjah. Haa, dua teknik ni lah agak celaru sikit untuk aku bezakan tapi semua berjalan lancar. Alhamdulillah 😆 Yang terakhir ni paling seronok iaitu zero flatlay. Teknik ini kau ambil lah gambar apa pun, asalkan gambar tuh dari sudut sama baris dengan lantai. senang kan ? Haha. 

Rasanya, itu je yang nak dikongsikan. Selamat menonton, semua !💓


Bukti Kehadiran 





Friday, 23 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5-INSTAGRAM

 " Ketenangan "

Aplikasi : Instagram

Post pertama : 22 April 2021



Komen













Post kedua : 27 April 2021




Komen

























BBM3410-2021-MINGGU 5-TWITTER

 Penceritaan Nilai Estetika

Aplikasi : Twitter

Post pertama : 22 April 2021





Retweet








Post kedua : 27 April 2021


Retweet












Thursday, 22 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5-NOTA FLATLAY

Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.


Nota Flatlay




BBM3410-2021-MINGGU 5-NOTA TEORI ANALISIS WACANA (FAIRCLOUGH, 1995)

Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus : Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.


Teori Analisis Wacana (Fairclough, 1995)

Teori ini menitikberatkan teori analisis wacana kritis dalam menganalisis data. Analisis ini terbahagi kepada tiga elemen iaitu analisis tekstual, analisis wacana praktis dan analisis praktis sosial.







Bukti Kehadiran Minggu 5


BBM3410-2021-MINGGU 5-NOTA TEORI ANALISIS WACANA (VANDIJK, 1997)

Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus : Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.


Teori Analisis Wacana (VanDijk, 1997)

VanDijk (1997) membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis.






Kehadiran Minggu 5




BBM3410-2021-MINGGU 5-DILEMA PENGEMBARA

DILEMA PENGEMBARA


KREDIT : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA



https://youtu.be/bQCPNh8Es1o



Video yang dilampirkan merupakan perkongsian daripada  Dr. Siti  Nur Aliaa Roslan mengenai topik yang sangat menarik iaitu “Dilema Pengembara”. Beliau menyatakan bahawa beliau sudah mengembara ke 21 buah negara. Pada pendapat beliau, pengembara bukanlah sekadar mengembara di luar negara tetapi pengembara ialah orang yang keluar dari tempat asal kemudian berani mengambil tindakan keluar dari zon selesa untuk berhijrah ke suatu tempat baharu dan asing. Umum mengetahui, tindakan yang dilakukan oleh seseorang pasti mempunyai tujuan atau matlamat tertentu. Begitu juga dengan Dr  Siti Nur Aliaa Roslan yang mengembara untuk mempelajari sesuatu yang baharu. Setiap negara amnya mempunyai keunikannya tersendiri daripada pelbagai aspek iaitu bahasa yang dituturkan, adat, makanan, pakaian dan layanan. Perbezaan dari segi keunikan ini membuatkan beliau sentiasa inginkan pengembaraan, tidak lain dan tidak bukan untuk mempelajari sedikit sebanyak dari negara yang dikunjungi. Dalam kemanisan pasti ada kepahitan yang dirasai. Menurut perkongsian Dr Siti Nur Aliaa Roslan, perkara yang paling susah adalah untuk menyesuaikan diri di tempat baru ialah komunikasi. Beliau mengambil masa 3 bulan untuk berkomunikasi mengikut bahasa yang digunakan di United Kingdom. Beliau juga turut memberikan tips untuk pengembara supaya membuat perancangan terlebuh dahulu. Persediaann dari segi kewangan dan perubatan merupakan antara aspek yang paling penting sebelum mengembara terutama ketika kecemasan. Oleh itu, dapat saya simpulkan bahawa, mengembara merupakan perkara yang sangat menarik untuk dilakukan kerana selain dapat melihat keindahan negara luar, kita juga dapat mempelajari perbezaan dan keunikan negara lain. Bak kata pepatah, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri.





Bukti kehadiran







SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

 Setiap tugasan sepanjang 14 minggu disertakan dengan pautan di bawah : 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA ...