Sunday, 25 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5-ASAS FOTOGRAFI (FLATLAY)

Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019) Multimedia dalam Bahasa. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.


https://youtu.be/VUwoRO8ZhvI


Hai, Assalamualaikum ! Untuk minggu ni, masih topik yang sama iaitu asas fotografi. Cuma, tugasan kali ni agak mencabar sikit 😓 Mungkin untuk aku je mencabar, tapi tidak untuk yang lain. hehe ! Kenapa mencabar ? sebab kena ambil gambar dari empat sudut yang berbeza. Pheww ! Gigih juga lah seketul Afiqah nak mencari lighthing dan sudut yang cantik. Yang paling aku tak boleh lupa, gigih tau aku mencari props untuk buat tugasan ini. Kalau diingatkan balik, kelakar juga tapi mungkin boleh diabadikan sebagai kenangan bila dah tamat pengajian nanti kan ? ye, kenangan yang akan aku simpan dan mungkin akan dirindukan 😢

Okayy, aku nak terangkan sedikit tentang tugasan ini supaya kalian jelas apa lah yang aku buat ni kan 😂

So, flatlay ni ada 4 jenis. Paling senang bagi aku, flatlay lah sebab tak perlu fikir berapa darjah yang penting gambar dari sudut atas. Bila kita ambil gambar, keseluruhan gambar akan kelihatan kecil. Kau ambil je gambar apa-apa asalkan gambar tuh nampak semua. Teknik yang kedua, Half flatlay. Gambar diambil pada kedudukan kamera 45 darjah. Quarter flatlay pula gambar yang diambil pada kedudukan kamera 22.5 darjah. Haa, dua teknik ni lah agak celaru sikit untuk aku bezakan tapi semua berjalan lancar. Alhamdulillah 😆 Yang terakhir ni paling seronok iaitu zero flatlay. Teknik ini kau ambil lah gambar apa pun, asalkan gambar tuh dari sudut sama baris dengan lantai. senang kan ? Haha. 

Rasanya, itu je yang nak dikongsikan. Selamat menonton, semua !💓


Bukti Kehadiran 





Friday, 23 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5-INSTAGRAM

 " Ketenangan "

Aplikasi : Instagram

Post pertama : 22 April 2021



Komen













Post kedua : 27 April 2021




Komen

























BBM3410-2021-MINGGU 5-TWITTER

 Penceritaan Nilai Estetika

Aplikasi : Twitter

Post pertama : 22 April 2021





Retweet








Post kedua : 27 April 2021


Retweet












Thursday, 22 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5-NOTA FLATLAY

Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.


Nota Flatlay




BBM3410-2021-MINGGU 5-NOTA TEORI ANALISIS WACANA (FAIRCLOUGH, 1995)

Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus : Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.


Teori Analisis Wacana (Fairclough, 1995)

Teori ini menitikberatkan teori analisis wacana kritis dalam menganalisis data. Analisis ini terbahagi kepada tiga elemen iaitu analisis tekstual, analisis wacana praktis dan analisis praktis sosial.







Bukti Kehadiran Minggu 5


BBM3410-2021-MINGGU 5-NOTA TEORI ANALISIS WACANA (VANDIJK, 1997)

Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus : Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.


Teori Analisis Wacana (VanDijk, 1997)

VanDijk (1997) membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis.






Kehadiran Minggu 5




BBM3410-2021-MINGGU 5-DILEMA PENGEMBARA

DILEMA PENGEMBARA


KREDIT : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA



https://youtu.be/bQCPNh8Es1o



Video yang dilampirkan merupakan perkongsian daripada  Dr. Siti  Nur Aliaa Roslan mengenai topik yang sangat menarik iaitu “Dilema Pengembara”. Beliau menyatakan bahawa beliau sudah mengembara ke 21 buah negara. Pada pendapat beliau, pengembara bukanlah sekadar mengembara di luar negara tetapi pengembara ialah orang yang keluar dari tempat asal kemudian berani mengambil tindakan keluar dari zon selesa untuk berhijrah ke suatu tempat baharu dan asing. Umum mengetahui, tindakan yang dilakukan oleh seseorang pasti mempunyai tujuan atau matlamat tertentu. Begitu juga dengan Dr  Siti Nur Aliaa Roslan yang mengembara untuk mempelajari sesuatu yang baharu. Setiap negara amnya mempunyai keunikannya tersendiri daripada pelbagai aspek iaitu bahasa yang dituturkan, adat, makanan, pakaian dan layanan. Perbezaan dari segi keunikan ini membuatkan beliau sentiasa inginkan pengembaraan, tidak lain dan tidak bukan untuk mempelajari sedikit sebanyak dari negara yang dikunjungi. Dalam kemanisan pasti ada kepahitan yang dirasai. Menurut perkongsian Dr Siti Nur Aliaa Roslan, perkara yang paling susah adalah untuk menyesuaikan diri di tempat baru ialah komunikasi. Beliau mengambil masa 3 bulan untuk berkomunikasi mengikut bahasa yang digunakan di United Kingdom. Beliau juga turut memberikan tips untuk pengembara supaya membuat perancangan terlebuh dahulu. Persediaann dari segi kewangan dan perubatan merupakan antara aspek yang paling penting sebelum mengembara terutama ketika kecemasan. Oleh itu, dapat saya simpulkan bahawa, mengembara merupakan perkara yang sangat menarik untuk dilakukan kerana selain dapat melihat keindahan negara luar, kita juga dapat mempelajari perbezaan dan keunikan negara lain. Bak kata pepatah, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri.





Bukti kehadiran







Friday, 16 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4-CERITA SOSIAL

Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus : Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.


Jadual 1 :

JENIS KATA

JUMLAH

1. Kata Kerja

101

2. Kata Adjektif

36

3. Kata Nama

66

4. Kata Ganti Nama

6

5. Kata Sendi Nama

18

6. Kata Arahan

8

7. Kata Tanya

6



Jadual 2 :

BIL.

TAJUK CERITA SOSIAL

ISI

NILAI MURNI

1.

Keluarga Saya

 

1. Perihal keluarga Alim.

2. Sifat Alim dalam keluarga.

3. Ibu yang sentiasa memberi motivasi kepada Alim.

4. Semangat untuk belajar tentang sesuatu perkara.

5. Kasih sayang seorang ibu terhadap Alim.

6. Seorang yang sentiasa berusaha.

 

 

1. Nilai baik hati

2. Sabar

3. Tolong-menolong

4. Ikhlas

5. Mengambil berat

6. Rajin

7. Sentiasa berusaha

8. Tanggungjawab

9. Rasional

 

2.

Nenek dan Datuk

 

1. Alim dan keluarga pulang ke kampung.

2. Mementingkan hubungan kekeluargaan.

3. Suka bermain dengan binatang.

4. Perasaan sedih dan resah yang wujud.

5. Persoalan dan perujukan antara datuk, nenek, dan Alim.

6. Perasaan gembira dan puas hati dalam diri.

7. Nenek yang lemah lembut dan penyayang.

8. Wujud nilai kasih sayang dan tanggungjawab dalam keluarga.

 

 

1. Nilai kekeluargaan

2. Kasih sayang

3. Mengambil berat

4. Rasional

5. Tanggungjawab

6. Ikhlas

7. Jujur

8. Baik hati

9. Nilai kefahaman

3.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Saya yang Istimewa

 

1. Seorang bapa yang menyayangj anak anaknya dengan membelikan buah buahan kegemaran mereka iaitu buah buahan tempatan.

2. Menikmati buah buahan bersama ibu dan adik beradik yang lain.

3. Memberikan buah buahan kepada jirannya.

4. Menghargai setiap pemberian yang diberi oleh orang.

5. Menunjukkan sikap ambil berat dan prihatin terhadap orang lebih tua.

 

 

1. Penyayang dan bertanggungjawab.

2. Saling berkongsi dan mementingkan hubungan kekeluargaan.

3. Baik hati dan tidak tamak.

4. Berhemah dan menghargai pemberian orang.

5. Mengambil berat dengan orang yang lebih tua.

 

4.

 

 

 

 

 

 

Hati

 

1. Membina hubungan dengan orang lain selain ahli keluarga.

2. Berusaha mempelajari sesuatu perkara baru walaupun masih belum melakukan dengan sempurna.

3. Memberikan tunjuk ajar yang baik dalam sesi pembelajaran dan pengajaran.

4. Memberikan contoh yang baik kepada orang lain.

5. Mempraktikkan perkara yang telah dipelajari.

 

1. Bersosial dan menunjukkan sifat keterbukaan.

2. Berdikari dan berusaha untuk menyempurnakan sesuatu perkara.

 

3. Bertanggungjawab dengan tugas yang diberikan.

4. Ikhlas dan jujur dalam sesi pengajaran.

5. Menghargai ilmu baru yang telah dipelajari.

 

5.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jiran

 

1. Sifat Alim yang gemar berkongsi dengan Sulaiman.

2. Nilai baik hati, ikhlas dan jujur jelas tergambar dalam diri Alim.

3. Alim seorang yang pemurah.

4. Nilai kasih sayang dan ambil berat jelas kelihatan dalam diri ahli keluarga.

5. Setiap nilai yang terserlah dapat menolong Alim dan Sulaiman dalam proses pembesaran.

 

 

1. Baik hati

2. Tanggungjawab

3. Kasih sayang

4. Ambil berat

5. Ikhlas

6. Jujur

7. Rasional

 

 

Jadual 3:

KANDUNGAN DALAM CERITA SOSIAL

TEKS:

 

· Semua kelima-lima cerita sosial ini merupakan cerita pendek dimana juga dikenali sebagai cerpen.

· Cerpen merupakan suatu bentuk prosa naratif dan bersifat cereka.

· Biasanya cerpen mengandungi jumlah watak yang sedikit di antara satu sehingga empat dengan tema yang satu dan plot yang ringkas.

· Cerita sosial ini juga merupakan suatu cerita kanak-kanak.

 

TEMA:

 

“Nenek dan Datuk”

· Tema bagi cerita sosial “Nenek dan Datuk” ini adalah tema kekeluargaan. Cerita ini berkisarkan tentang Alim dan keluarganya pulang ke kampung nenek dan datuk Alim sebelah ibu serta sebelah bapa Alim.


“Saya yang Istimewa”

· Tema bagi cerita sosial “Saya yang Istimewa” ini adalah tema kekeluargaan. Cerita ini berkisarkan tentang kehidupan keluarga Alim dimana Alim sangat istimewa mempunyai seorang bapa sangat prihatin terhadap Alim dan adik-beradik yang lain serta ibu Alim.

 

“Keluarga Saya”

· Tema bagi cerita sosial “Keluarga Saya” ini adalah tema kekeluargaan. Cerita ini berkisarkan tentang latar belakang keluarga Alim. Alim mempunyai seorang ibu yang bernama Kamilah dan seorang bapa yang bernama Ismail. Alim juga mempunyai seorang abang bernama Imran, seorang kakak bernama Madinah dan seorang adik perempuan bernama Aisyah.


“Hati”

· Tema bagi cerita sosial “Hati” ini adalah tema kemasyarakatan” Cerita ini berkisarkan tentang hari kelahiran Alim. Ibu Alim menyediakan kek cawan sempena hari kelahiran Alim. Alim membawa kek cawan tersebut ke sekolah kerana ingin berkongsi kek cawan dengan rakan-rakan yang lain. Selain itu, di sekolah cikgu Anis mengucapkan hari lahir kepada Alim dan Alim sangat suka kepada cikgu Anis kerana cikgu Anis seorang yang baik hati.


“Jiran”

· Tema bagi cerita sosial “Jiran” ini adalah bertemakan kejiranan. Cerita ini berkisarkan tentang Alim yang suka memberikan buku ceritanya kepada jiran sebelah rumah. Alim sangat suka berkongsi dengan jirannya.


SAMPEL:

 

“Nenek dan Datuk”

· Sampel atau bahan dalam cerita ini adalah terdiri daripada seorang nenek dan datuk sebelah ibu serta bapa Alim.

· Ibu dan bapa Alim

· Imran seorang abang Alim

· Madinah seorang kakak Alim

· Aisyah seorang adik Alim

· Watak utama iaitu Alim


“Saya yang Istimewa”

· Sampel atau bahan dalam cerita ini adalah terdiri daripada seorang nenek dan datuk sebelah ibu serta bapa Alim.

· Ibu dan bapa Alim

· Imran seorang abang Alim

· Madinah seorang kakak Alim

· Aisyah seorang adik Alim

· Watak utama iaitu Alim

 

“Keluarga”

· Sampel atau bahan dalam cerita ini adalah terdiri daripada seorang nenek dan datuk sebelah ibu serta bapa Alim.

· Ibu dan bapa Alim

· Imran seorang abang Alim

· Madinah seorang kakak Alim

· Aisyah seorang adik Alim

· Watak utama iaitu Alim

 

“Hati”

· Sampel atau bahan dalam cerita ini adalah terdiri seorang ibu Alim

· Cikgu Alim yang bernama cikgu Anis

· Rakan-rakan Alim

· Watak utama iaitu Alim

 

“Jiran”

· Sampel atau bahan dalam cerita ini adalah terdiri daripada seorang ibu Alim

· Madinah seorang kakak Alim

· Aisyah seorang adik Alim

· Sulaiman seorang jiran Alim

· Watak utana iaitu Alim


JENIS:

· Kesemua cerita sosial ini merupakan jenis penceritaan dimana cerita kanak-kanak

· Penceritaan ini juga merupakan suatu cerita pendek yang sangat ringkas serta mempunyai jalan cerita tentang kehidupan seorang budak yang bernama Alim.

· Cerita sosial ini juga terdapat jalan cerita atau plot serta dialog.


 

KONTEKS DALAM CERITA SOSIAL

 

TATABAHASA:

· Penggunaan kosa kata yang mudah difahami di dalam cerita sosial.

· Kosa kata yang digunakan sesuai untuk semua kanak-kanak teristemewa


LATAR:

· Latar menjelaskan tempat cerita ini berlaku manakala situasi menunjukkan emosi dalam cerita sosial ini.

· Setiap cerita sosial ini mempunyai latar yang berbeza.

· Cerita yang bertajuk “Nenek dan Datuk” mempunyai latar kampung nenek dan datuk di Kajang.

· “Saya yang Istimewa” dan “Keluarga” mempunyai latar di rumah ibu bapa

· Manakala cerita berjudul “Hati” berlatarkan di sekolah, rumah ibu bapa dan jiran.

· Akhirnya judul “Jiran” pula berlatarkan rumah ibu bapa.

 

EMOSI:

“Nenek dan Datuk”

· Di dalam cerita sosial ini terdapat beberapa emosi iaitu emosi gembira, rindu, sedih, marah, keliru dan puas hati.

· Antara contoh situasi emosi gembira:

Ø Alim kelihatan gembira apabila melihat ayam dan itik.

Ø Alim gembira apabila bersama adik beradiknya. 

· Emosi rindu:

Ø Alim tidak sabar untuk pulang ke kampung. 

· Emosi sedih:

Ø Alim sedih apabila dia mendapati ayam dan itik sudah tiada.

Ø Alim sedih kerana tidak dapat melihat ayam dan itik lagi.

Ø Ibu bapa dan datuk nenek sedih melihat Alim sedih. 

· Emosi marah:

Ø Alim marah sebab tidak berpuas hati tidak nampak ayam dan itik di kampung. 

· Emosi keliru:

Ø Alim tidak faham mengapa ayam dan itik tiada dalam reban.

Ø Alim keliru melihat rumah datuk dan neneknya kelihatan besar 

· Emosi puas hati:

Ø Alim tersenyum melihat ayam dan itiknya masih ada.


“Saya yang Istimewa”

· Judul cerita ini mempunyai tiga emosi iaitu gembira, puas hati dan sedih.

· Emosi gembira:

Ø Kak Madihah melompat kegembiraan apabila melihat buah-buahan kegemarannya.

Ø Sulaiman gembira mendapat buah-buahan daripada Alim.

Ø Mak Cik Timah gembira kerana Alim sudi berkawan dengan anaknya, Sulaiman. 

· Emosi puas hati:

Ø Alim kelihatan puas hati setelah memberi buha-buahan itu kepada Sulaiman. 

· Emosi sedih:

Ø Mak Cik Timah sedih melihat gelagat Alim.

 

“Keluarga Saya”

· Di dalam cerita sosial ini emosi paling ketara ialah gembira dan resah.

· Emosi gembira:

Ø Alim gembira kerana keluarganya mengambil berat tentangnya.

Ø Alim gembira apabila dipuji oleh ibu bapanya kerana dia suka menolong adiknya.

Ø Alim gembira melihat ibu disampingnya.

· Emosi resah:

Ø Alim resah dan berjalan ke hulu ke hilir disebabkan dia tidak mengetahui untuk menyapu sampah.

 

“Hati”

· Emosi yang paling ketara di dalam cerita sosial yang berjudul “Hati” ialah gembira.

· Emosi gembira:

Ø Ibu tersenyum melihat Alim yang pandai dalm semua perkara dalam rumah. 


“Jiran”

· Cerita sosial “Jiran” ini mempunyai emosi gembira, simpati, ambil berat dan sedih.

· Emosi gembira:

Ø Sulaiman berasa gembira ketika mendapat hadiah iaitu buku daripada Alim.

Ø Semua ahli keluarga Alim gembira apabila Alim sudah sembuh setelah beberapa minggu sakit. 

· Emosi simpati:

Ø Adik beradik Alim bersimpati terhadap Alim kerana melihat Alim yang masih sakit dan kaku. 

· Emosi ambil berat:

Ø Adik beradik Alim cuba menghiburkan Alim.

Ø Adik beradik Alim ingin menjaga Alim ketika Alim sakit. 

· Emosi sedih:

Ø Aisyah berasa sedih melihat abangnya yang masih mendiamkan diri itu.


 

TAJUK

ANDAIAN DALAM CERITA SOSIAL

KELUARGA SAYA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nilai kasih sayang

· Ibu bapa Alim inginkan Alim sentiasa ingat akan nama-nama keluarganya.

· Diterapkan sejak awal lagi supaya setiap ahli keluarga dikenali dengan nama dan wajah.

· Ibu memujuk Alim dengan memegang tangan Alim sambal mengusapnya.

 

Nilai tolong-menolong

· Alim menolong ibu bapanya membuat kerja rumah setiap hari.

· Telah diajar sejak kecil untuk mengemas permainan setelah bermain.

· Kak Madinah menolong Alim dengan menunjukkan cara memegang penyapu.

 

Nilai sentiasa berusaha

· Alim sentiasa ingin belajar  walaupun terkadang mengelirukan dirinya.

 

NENEK DAN DATUK

 

 

 

 

 

 

· Alim dan keluarganya pernah pulang ke kampong sebelum ini.

· Alim pernah sedih disebabkan dan terus menangis kerana melihat susun atur rumah yang disangkakan bukan rumah nenek datuknya.

 Nenek

· Lemah lembut , penyayang

· Pemujuk

· Memiliki suara yang lembut membuatkan Alim tenang dalam hati.

 

Nilai kasih sayang

· Abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah melayan gelagat Alim.

· Nenek Alim sangat ambil berat tentang Alim kerana Alim merupakan kanak-kanak istimewa.

 

SAYA YANG ISTIMEWA

 

 

 

Bapa Alim sangat sayang akan anaknya

· Membeli buah-buahan dari pasar tani.

· Tahu akan buah-buahan tempatan menjadi kegemaran anak-anaknya.

 

Nilai suka berkongsi

· Alim ingin meberikan buah-buahan itu kepada jiran mereka bernama Sulaiman.

· Ibu bapa Alim mengajarnya untuk sentiasa berkongsi makanan mahupun barang dengan orang lain.

· Imran menunjukkan nilai berkongsi apabila memanggil ibu serta adik-adiknya yang lain menikmati buah-buahan.

 

Nilai baik hati

· Alim memberikan buah-buahan dalam plastik kepada Sulaiman.

· Sulaiman tersenyum apabila terima buah-buahan daripada Alim.

 

Berhemah

· Sulaiman mengucapkan terima kasih

· Mempunyai pekerti yang baik kerana diajar sejak dari kecil tentang berterima kasih jika menerima barang.

 

Nilai tolong-menolong

· Alim membantu buang sampah ke dalam tong sampah besar di luar rumah.

 

Nilai ambil berat

· Alim berbual mesra dengan Mak Cik Timah

· Alim bertanyakan hal supaya dai dapat menolong Mak Cik Timah untuk tersenyum seperti biasa.

 

HATI

Nilai kasih sayang

· Ibu Alim menyediakan kek cawan untuk menyambut hari lahir anaknya itu.

· Ibu mengusap kepala Alim sambal mengucapkan selamat hari lahir kepada Alim.

· Ibu Alim tersenyum ketika melihat ingin pergi ke sekolah.

 

Nilai ambil berat

· Ibu telah mengajar Alim dari kecil tentang cara pemakaian baju dan kasut sekolah.

 

 

Nilai baik hati

· Cikgu Anis ikhlas mengajar Alim dan rakan-rakan Alim walaupun satu persatu.

· Cikgu Anis mempunyai nilai kesabaran mengajar murid-muridnya yang tergolong dalam kategori kanak-kanak istimewa.

· Ketika pembelajaran Cikgu Anis menerangkan pengajarannya kepada murid-muridnya dengan perlahan supaya mereka dapat memahami dan jelas tentang apa yang dipelajari.

 

Nilai berkongsi

· Alim membawa kek cawan yang disediakan oleh ibunya ke sekolah untuk berkongsi bersama rakan-rakan yang lain.

 

Nilai berhemah

· Alim berterima kasih kepada ibunya kerana memberi kek cawan dan mengucap selamat hari lahir kepadanya walaupun dia tidak memahami maksud hari lahir tersebut.

· Alim membalas ibunya dengan senyuman.

· Rakan-rakan Alim mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana Alim berkongsi kek cawan.

 

Nilai hormat menghormati

· Cikgu Anis mengajar murid-muridnya untuk menghormati orang tua.

· Alim menunduk dan ucapkan terima kasih ketika berjumpa dengan orang tua.

 

Nilai kerajinan

· Alim memberi tumpuan di dalam kelas ketika Cikgu Anis sedang mengajar di hadapan.

· Alim suka memberi senyuman kepada semua orang.

JIRAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nilai pemurah

· Alim merupakan seorang yang pemurah kerana dia suka memberikan buku cerita kepada jiran sebelah rumah.

 

Nilai kerajinan

· Alim merupakan seorang yang rajin kerana dia suka menyusun buku mengikut abjad.

· Alim juga suka menyusun dan mengemas buku setiap hari.

 

Nilai kesabaran

· Alim sangat tidak pernah merungut ketika dia jatuh sakit.

· Alim juga dia tidak akan bercakap ketika dia sakit serta tidak akan membaca buku lagi.

 




Kehadiran Minggu 4



SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

 Setiap tugasan sepanjang 14 minggu disertakan dengan pautan di bawah : 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA ...