Wednesday, 2 June 2021

BBM3410-2021-MINGGU 10-PERUBAHAN (INSTAGRAM)

 PERUBAHAN

Berubah ? Dalam hidup kita ni, kita ada dua pilihan je sama ada nak berubah menjadi lebih baik dari sebelum atau berubah ke arah negatif. Semua pilihan dalam tangan kita. Betul, kalau kita dan berubah ke arah positif agak sukar untuk kita kekalkan perubahan tersebut. Tapi, kita kan manusia biasa. Kita perlu banyak belajar untuk kekalkan perubahan tersebut walaupun memakan masa yang agak lama. Jangan risau dengan mulut orang ! Mulut orang kita takkan mampu tutup. Biarkan mereka berkata-kata, nanti bila dorang dah letih dorang diam lah 😂 haha. Kita je yang kenal diri kita. Kalau betul kita berubah, teruskan melangkah dan jangan toleh ke belakang tau ? Goodluck !




Posting rakan-rakan <3








Bukti kehadiran



BBM3410-2021-MINGGU 10-TEKA TEKI (FACEBOOK)

 TEKA TEKI 

Haa, tugasan kali ni bukan biasa-biasa. Kau bayangkan lah, aku kena buat teka teki lepastuh post dalam facebook. Awkward weh ! Yelah, social media ni bukan kita dengan kawan kelas kita je tapi kita berkomunikasi dengan ramai orang malah ada yang strangers. Kalau sebelum ni selalu buat psoting yang nice nice je kan dalam facebook, sekali kena buat posting teka teki pulak. Mak-mak sedara aku semua pakat komen. HAHAHA ! 😆 Tapi tugasan ni mengajar aku untuk post je apa yang aku rasa nak post asalkan kena tahu beza lah benda yang kau post tuh positif ke negatif. Dah lah, tengok lah sendiri teka teki daripada kawan-kawan aku ni. Kalau anda bijak bestari, silalah jawab 😜




Teka teki rakan-rakan <3








Bukti kehadiran 





Wednesday, 26 May 2021

BBM3410-2021-MINGGU 9-BAB 5 (TAKSONOMI DAN PENDEKATAN STRATEGI KOMUNIKASI)

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus : Penerbit Universiti Malaysia Terengganu. 



https://youtu.be/pM2zYOa7K_4




BBM3410-2021-MINGGU 9-KEMANUSIAAN (TWITTER)

 KEMANUSIAAN

Sifat kemanusiaan ni harus ada dalam diri setiap yang bergelar manusia. Tapi itulah, tak semua manusia ada sifat kemanusiaan ni. Takpayah cakap banyak, tengok sendiri situasi yang berlaku sekarang ni. Bukan sekarang tapi setiap tahun Palestine diserang bagai tiada kesudahan. Sanggup ke kita tengok saudara seagama kita dibunuh nyawa, kehilangan tempat tinggal dan keluarga. Nak pergi berperang tuh agak mustahil tapi sebagai seorang manusia yang beragama Islam. Doa itulah senjata paling kuat. Jadi, teruskan berdoa buat mereka di sana. Semoga kemenangan buat mereka, Palestine 💓




Tweet rakan-rakan <3













Bukti kehadiran !




BBM3410-2021-MINGGU 9-PANTUN 4 KERAT (FACEBOOK)

 PANTUN 4 KERAT

Pantun ni sebenarnya unik kan ? Pantun ni ada makna tersirat dan tersurat. Bak kata budak bahasa, ada maksud konotasi dan denotasi 😝 Keunikan pantun ni kita boleh nampak bila kita baca, dia ada intonasi tersendiri setiap stanza. Kalau cakap pasal pantun, mesti kita tahu yang pantun ni belakang di mesti sama. Sebenarnya pantun ni ada banyak jenis. 2 kerat, 4 kerat dan 8 kerat. Itu jelah yang aku tahu, taktahu lah kalau ada lebih daripada tuh. Jadi, kalau sudi bacalah pantun di bawah <3



Pantun rakan-rakan <3








Bukti kehadiran !


BBM3410-2021-MINGGU 9-KESILAPAN (INSTAGRAM)

KESILAPAN 


Manusia tak akan pernah lari dari membuat kesilapan. ye, kita hanyalah manusia biasa. Terkadang, kesilapan mengajar kita untuk jadi lebih baik dari sebelumnya. Daripada kesilapan yang kita lakukan pada masa lampau, setidaknya kita dapat belajar dimana sepatutnya yang kita harus memperbaiki diri. Jadi, tugasan minggu ni kami kena buat posting tentang kesilapan. Dilampirkan posting saya dan rakan-rakan yang lain 😝

















Bukti kehadiran is a must !


Sunday, 23 May 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8-ONE SHOT-KLIK KLIK

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia. 

Video One Shot - 1 Layers



https://youtu.be/loB9Pc6xj2A





Video One Shot - 2 Layers



https://youtu.be/fngF9M-zvMM





Video One Shot - 3 Layers



https://youtu.be/hhoYs_4WcbE

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

 Setiap tugasan sepanjang 14 minggu disertakan dengan pautan di bawah : 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA ...