Sunday 16 May 2021

BBM3410-2021-MINGGU 7-VIDEO SETEMPAT

Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.


Hai, Assalamualaikum !

Salam 3 syawal 💕

Entry kali ni, korang kena tengok video Afiqah membebel di pagi raya. haha ! Untuk tugasan individu kami diberikan tugasan untuk merakan video setempat. Jadi, dalam video ni korang boleh lah tengok gelagat keluarga aku di pagi raya 1 syawal.Raya tahun ni agak berbeza dan buat pertama kalinya kami sekeluarga tak dapat balik beraya di kampung. Rindunya !😢 Agak struggle juga lah nak buat video ni sebab aku tak pandai bercakap depan kamera. Tapi dalam video ni korang boleh tengok perangai sebenar aku bila dengan keluarga. Tema tahun ni ? Merah semerah hati 💓 Kami tiga beradik pakai baju kebaya, ayah sponsor. hehe. Dah lah, malas nak borak panjang. 

Selamat menonton <3



https://youtu.be/6QuI-7LsGXo


Untuk amali minggu 8, aku perlu menghuraikan langkah-langkah dalam penghasilan video setempat. Okay, malam raya tuh dah plan dah pagi raya nak buat macam mana. semangat 😂 Esok pagi, lepas bersiap cantik-cantik kita makan lah lauk yang telah disiapkan semalam. Video setempat ni memang aku record spontan, maksudnya apa apa yang berlaku dalam video ni bukan lakonan. Nak dijadikan cerita, masa makan dengan adik-beradik aku tuh, aku pun buka lah phone dan mula merakam. Aku pilih waktu makan ni sebab ada lah modal aku nak borak dalam video tuh takde lah sunyi nanti. Aku pun tunjuk lah menu-menu yang terhidang di atas meja dan aku selitkan juga muka adik-beradik aku supaya korang yang tengok ni takdelah bosan sangat kan ? hehe. Sebenarnya waktu tu hujan, kalau perasan ada bunyi guruh kuat gila tapi disebabkan video dan berjalan beberapa minit, aku teruskan lah juga. Nasib baik lighthing masa tu cantik dan sangat memberi kerjasama. Itu jelah kot langkah-langkah aku untuk hasilkan video setempat ni. Yang penting, lepasni aku boleh jadi vlogger yang berjaya mungkin ? 😜 Ok, bye !


Bukti kehadiran jangan lupa !



Bukti kehadiran amali minggu 8







No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

 Setiap tugasan sepanjang 14 minggu disertakan dengan pautan di bawah : 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA ...