Wednesday, 26 May 2021

BBM3410-2021-MINGGU 9-BAB 5 (TAKSONOMI DAN PENDEKATAN STRATEGI KOMUNIKASI)

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus : Penerbit Universiti Malaysia Terengganu. 



https://youtu.be/pM2zYOa7K_4




BBM3410-2021-MINGGU 9-KEMANUSIAAN (TWITTER)

 KEMANUSIAAN

Sifat kemanusiaan ni harus ada dalam diri setiap yang bergelar manusia. Tapi itulah, tak semua manusia ada sifat kemanusiaan ni. Takpayah cakap banyak, tengok sendiri situasi yang berlaku sekarang ni. Bukan sekarang tapi setiap tahun Palestine diserang bagai tiada kesudahan. Sanggup ke kita tengok saudara seagama kita dibunuh nyawa, kehilangan tempat tinggal dan keluarga. Nak pergi berperang tuh agak mustahil tapi sebagai seorang manusia yang beragama Islam. Doa itulah senjata paling kuat. Jadi, teruskan berdoa buat mereka di sana. Semoga kemenangan buat mereka, Palestine 💓




Tweet rakan-rakan <3













Bukti kehadiran !




BBM3410-2021-MINGGU 9-PANTUN 4 KERAT (FACEBOOK)

 PANTUN 4 KERAT

Pantun ni sebenarnya unik kan ? Pantun ni ada makna tersirat dan tersurat. Bak kata budak bahasa, ada maksud konotasi dan denotasi 😝 Keunikan pantun ni kita boleh nampak bila kita baca, dia ada intonasi tersendiri setiap stanza. Kalau cakap pasal pantun, mesti kita tahu yang pantun ni belakang di mesti sama. Sebenarnya pantun ni ada banyak jenis. 2 kerat, 4 kerat dan 8 kerat. Itu jelah yang aku tahu, taktahu lah kalau ada lebih daripada tuh. Jadi, kalau sudi bacalah pantun di bawah <3



Pantun rakan-rakan <3








Bukti kehadiran !


BBM3410-2021-MINGGU 9-KESILAPAN (INSTAGRAM)

KESILAPAN 


Manusia tak akan pernah lari dari membuat kesilapan. ye, kita hanyalah manusia biasa. Terkadang, kesilapan mengajar kita untuk jadi lebih baik dari sebelumnya. Daripada kesilapan yang kita lakukan pada masa lampau, setidaknya kita dapat belajar dimana sepatutnya yang kita harus memperbaiki diri. Jadi, tugasan minggu ni kami kena buat posting tentang kesilapan. Dilampirkan posting saya dan rakan-rakan yang lain 😝

















Bukti kehadiran is a must !


Sunday, 23 May 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8-ONE SHOT-KLIK KLIK

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia. 

Video One Shot - 1 Layers



https://youtu.be/loB9Pc6xj2A





Video One Shot - 2 Layers



https://youtu.be/fngF9M-zvMM





Video One Shot - 3 Layers



https://youtu.be/hhoYs_4WcbE

Wednesday, 19 May 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8-STRATEGI KOMUNIKASI

Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus : Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.


Peta Minda






Bukti kehadiran minggu 8





Sunday, 16 May 2021

BBM3410-2021-MINGGU 7-VIDEO SETEMPAT

Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.


Hai, Assalamualaikum !

Salam 3 syawal 💕

Entry kali ni, korang kena tengok video Afiqah membebel di pagi raya. haha ! Untuk tugasan individu kami diberikan tugasan untuk merakan video setempat. Jadi, dalam video ni korang boleh lah tengok gelagat keluarga aku di pagi raya 1 syawal.Raya tahun ni agak berbeza dan buat pertama kalinya kami sekeluarga tak dapat balik beraya di kampung. Rindunya !😢 Agak struggle juga lah nak buat video ni sebab aku tak pandai bercakap depan kamera. Tapi dalam video ni korang boleh tengok perangai sebenar aku bila dengan keluarga. Tema tahun ni ? Merah semerah hati 💓 Kami tiga beradik pakai baju kebaya, ayah sponsor. hehe. Dah lah, malas nak borak panjang. 

Selamat menonton <3



https://youtu.be/6QuI-7LsGXo


Untuk amali minggu 8, aku perlu menghuraikan langkah-langkah dalam penghasilan video setempat. Okay, malam raya tuh dah plan dah pagi raya nak buat macam mana. semangat 😂 Esok pagi, lepas bersiap cantik-cantik kita makan lah lauk yang telah disiapkan semalam. Video setempat ni memang aku record spontan, maksudnya apa apa yang berlaku dalam video ni bukan lakonan. Nak dijadikan cerita, masa makan dengan adik-beradik aku tuh, aku pun buka lah phone dan mula merakam. Aku pilih waktu makan ni sebab ada lah modal aku nak borak dalam video tuh takde lah sunyi nanti. Aku pun tunjuk lah menu-menu yang terhidang di atas meja dan aku selitkan juga muka adik-beradik aku supaya korang yang tengok ni takdelah bosan sangat kan ? hehe. Sebenarnya waktu tu hujan, kalau perasan ada bunyi guruh kuat gila tapi disebabkan video dan berjalan beberapa minit, aku teruskan lah juga. Nasib baik lighthing masa tu cantik dan sangat memberi kerjasama. Itu jelah kot langkah-langkah aku untuk hasilkan video setempat ni. Yang penting, lepasni aku boleh jadi vlogger yang berjaya mungkin ? 😜 Ok, bye !


Bukti kehadiran jangan lupa !



Bukti kehadiran amali minggu 8







BBM3410-2021-MINGGU 7-VLOG HARI RAYA (KLIK KLIK)


Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.


Hai, Assalamualaikum semua ! 

Selamat hari raya 💓

Macam mana raya tahun ni ? Semestinya sayu kan tak dapat balik raya ? 
Tidak mengapa, raya tetap beraya cuma caranya mungkin sedikit berbeza. 

Untuk tugasan kali ini, kami dikehendaki untuk merakam video berbentuk vlog hari raya. Video ini hasil gabungan idea kami sekumpulan bagi merealisasikan hari raya dalam talian. Zaman dan canggih kan ? semuanya hanya di hujung jari. Walau jarak memisahkan tetapi kami cuba untuk jadikan video tersebut dekat dihati kalian yang menonton. Bak kata orang, jauh di mata tetapi dekat di hati. Buat klik klik, walaupun raya kita tahun ni dalam talian sahaja, harapnya tahun depan kita dapat raya secara bersemuka di UPM pula ye 😝

Jom kita saksikan vlog raya dari klik klik. Semoga terhibur <3



https://youtu.be/YU-7PjCxeiQ


Eh, bukti kehadiran jangan lupa !





Saturday, 1 May 2021

BBM3410-2021-MINGGU 6-SIMPULAN BAHASA-KLIK KLIK



SIMPULAN BAHASA 



https://youtu.be/wVZKrCeNCe0


Hai, Assalamualaikum semua ! Dilampirkan video tugasan minggu 6 yang dihasilkan sendiri oleh ahli kumpulan Klik-klik. Tugasan ini adalah tugasan berkumpulan dan kami diberikan tajuk "Simpulan Bahasa". Apa yang menarik mengenai video tersebut ? Setiap seorang daripada kami perlu lakonkan setiap peribahasa yang telah diagihkan. Jadi, kami lah yang menjadi watak dalam video tersebut. Pelbagai karenah sebenarnya dalam menyiapkan tugasan ini 😂 Kami berusaha untuk memberikan gambaran maksud daripada setiap peribahasa yang telah diberikan. Harapnya, kalian boleh teka lah ye simpulan bahasa apa yang ingin kami sampaikan 😄

Terima kasih atas kerjasama buat semua ahli kumpulan tidak terkecuali seorang pun. Terima kasih atas komitmen dan idea dalam menyiapkan tugasan ini. Eh, belum habis lagi tugasan masih banyak lagi tugasan kita ye ! Terus semangat kawan-kawan 💓

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

 Setiap tugasan sepanjang 14 minggu disertakan dengan pautan di bawah : 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA ...