Wednesday, 31 March 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 

Pendekatan Analisis Wacana

(Normaliza Abd Rahim, 2018)

PRA-ANDAIAN

EMOSI

NILAI DAN BUDAYA

BAHASA

INFERENS

1. Intuisi

2. Konteks

 

Penerimaan/

Penafian

Keperluan

Perujukan

Anafora

Pengulangan

Kekaburan

Penegasan

1. Positif

2. Negatif

3. Emosi bercampur

 

Perangai

Personaliti

Mood

Motivasi

 

1. Diri

2. Masyarakat

3. Adat

 

Jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran kesederhanaan

Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan

Hormat menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat

Keadilan, kebebasan, rasional

1. Bahasa pertama/kedua/

ketiga

2. Formal/tidak formal

3. Kesalahan bahasa

4. linguistik

1. Rumusan keseluruhan

2. Rumusan topik perbincangan

3. Penutup kata


Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Penerbit UMT, Kuala Nerus, Terengganu.

 

Pra-andaian ialah perkara yang dilakukan pada awal sebelum melakuan hujah. Pra-andaian dibahagikan kepada dua aspek iaitu intuisi dan konteks. Intuisi dapat didefinisikan sebagai daya atau kebolehan memahami sesuatu tanpa membuat pertimbangan secara sedar atau dikenali sebagai gerak hati. Konteks pula dapat dibahagikan dari aspek penerimaan atau penafian, keperluan, perujukan, anafora, pengulangan, kekaburan dan penegasan.

 

Emosi melibatkan perasaan melalui jiwa seseorang akibat dari beberapa rangsangan. Emosi terbahagi kepada tiga aspek iaitu emosi positif, negatif dan emosi bercampur. Emosi dapat dikenal pasti melalui perangai, personaliti, mood dan motivasi.

 

Nilai dan budaya dapat dikenal pasti dari tiga aspek iaitu diri, masyarakat dan adat. Nilai seperti jujur, ikhlas, kasih sayang, berdikari, hemah tinggi, keberanian, hormat menghormati, kerjasama, keadilan, kebebasan dan rasional.

 

Bahasa merupakan pertuturan yang digunakan oleh individu kepada individu lain. Bahasa dapat dikategorikan kepada empat aspek iaitu bahasa pertama, kedua dan ketiga. Aspek kedua bahasa formal dan tidak formal. Kesalahan bahasa juga dinilai dari dari aspek linguistik.

 

Inferens merupakan kesimpulan yang dibuat berdasarkan fakta atau asas tertentu. Inferens terdiri daripada tiga aspek iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata. 



Bukti kehadiran

NUR AFIQAH BINTI A.MALEK (204116)


No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

 Setiap tugasan sepanjang 14 minggu disertakan dengan pautan di bawah : 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA ...