Wednesday, 31 March 2021
BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA
Pendekatan Analisis Wacana (Normaliza Abd Rahim, 2018) | ||||
PRA-ANDAIAN | EMOSI | NILAI DAN BUDAYA | BAHASA | INFERENS |
1. Intuisi 2. Konteks
l Penerimaan/ Penafian l Keperluan l Perujukan l Anafora l Pengulangan l Kekaburan l Penegasan | 1. Positif 2. Negatif 3. Emosi bercampur
l Perangai l Personaliti l Mood l Motivasi
| 1. Diri 2. Masyarakat 3. Adat
l Jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran kesederhanaan l Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan l Hormat menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat l Keadilan, kebebasan, rasional | 1. Bahasa pertama/kedua/ ketiga 2. Formal/tidak formal 3. Kesalahan bahasa 4. linguistik | 1. Rumusan keseluruhan 2. Rumusan topik perbincangan 3. Penutup kata |
Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Penerbit UMT, Kuala Nerus, Terengganu.
Pra-andaian ialah perkara yang dilakukan pada awal sebelum melakuan hujah. Pra-andaian dibahagikan kepada dua aspek iaitu intuisi dan konteks. Intuisi dapat didefinisikan sebagai daya atau kebolehan memahami sesuatu tanpa membuat pertimbangan secara sedar atau dikenali sebagai gerak hati. Konteks pula dapat dibahagikan dari aspek penerimaan atau penafian, keperluan, perujukan, anafora, pengulangan, kekaburan dan penegasan.
Emosi melibatkan perasaan melalui jiwa seseorang akibat dari beberapa rangsangan. Emosi terbahagi kepada tiga aspek iaitu emosi positif, negatif dan emosi bercampur. Emosi dapat dikenal pasti melalui perangai, personaliti, mood dan motivasi.
Nilai dan budaya dapat dikenal pasti dari tiga aspek iaitu diri, masyarakat dan adat. Nilai seperti jujur, ikhlas, kasih sayang, berdikari, hemah tinggi, keberanian, hormat menghormati, kerjasama, keadilan, kebebasan dan rasional.
Bahasa merupakan pertuturan yang digunakan oleh individu kepada individu lain. Bahasa dapat dikategorikan kepada empat aspek iaitu bahasa pertama, kedua dan ketiga. Aspek kedua bahasa formal dan tidak formal. Kesalahan bahasa juga dinilai dari dari aspek linguistik.
Inferens merupakan kesimpulan yang dibuat berdasarkan fakta atau asas tertentu. Inferens terdiri daripada tiga aspek iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata.
Wednesday, 24 March 2021
BBM3401-2021-MINGGU 1B
Cerita Sosial 1
Watak | 1. Alim 2. Datuk & Nenek sebelah bapa 3. Datuk 7 Nenek sebelah ibu 4. Abang Imran 5. Kak Madinah 6. Aisyah
|
Latar Tempat | 1. Kampung 2. Rumah datuk & nenek 3. Reban ayam lama 4. Reban ayam baharu 5. Ruang Tamu 6. Dapur 7. Dalam kereta
|
Latar Masa | 1. 30 minit perjalanan - Perjalanan ke kampung datuk & nenek sebelah ibu Alim di Kajang. 2. Hari ini - Alim dan keluarga pulang ke kampung di Kajang
|
Latar Masyarakat | 1. Masyarakat bandar - Alim & keluarga pulang ke kampung 2. Masyarakat kampung - Datuk dan nenek Alim tinggal di kampung yang terletak di Kajang. - Datuk dan nenek membela ayam di kampung 3. Masyarakat penyayang - Nenek memujuk Alim - Alim sangat mencitai haiwan terutama ayam dan itik 4. Masyarakat prihatin - Ibu ayah serta datuk dan nenek memujuk Alim 5. Masyarakat harmoni - Alim, abang Imran, kak Madinah dan Aisyah ketawa bersama ketika menonton televisyen
|
Emosi Positif | 1. Gembira - Tersenyum melihat ayam dan itik - Alim ketawa dengan abang Imran, kak Madinah dan Aisyah - Alim puas dapat melihat ayam dan itik 2. Teruja - Alim tidak sabar untuk pulang ke kampung |
Emosi Negatif | 1. Sedih - Alim menangis di tepi reban - Keadaan rumah datuk dan nenek berlainan dari biasa - Menangis tanpa sebab 2. Marah - Alim menyangka ayam dan itik sudah mati |
BBM3410-2021-MINGGU 1A
Pepatah Melayu ada mengatakan, "Tak kenal maka tak cinta". Jadi, jom kita berkenalan 😍
Hi, Assalamualaikum !
Nama diberi Nur Afiqah Binti A.Malek. Lebih mesra dikenali sebagai Fiqa. Bernombor matrik 204116. Berasal dari negeri 'The Red Giant'. Ya, tiada yang menarik di sini hanya pembangunan yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Mahu bercinta dengan alam ? Marilah ke Hulu Selangor. Berusia 22 tahun dan masih muda 😜 Puteri tercinta kepada Encik Malek dan Puan Azian (Bakal mertua awak). Merupakan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik dan paling garang antara mereka. Jaga-jaga ! Seorang yang mudah untuk berkawan dan tidak selesa bersendirian.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali dan meneruskan persekolah di sekolah harian biasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali. Selepas SPM, saya mendapat tawaran ke sebuah IPTA tetapi saya memilih untuk menyambung Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Dong, Pahang. Kenapa jauh sangat sekolah ? Dari Selangor ke Pahang. Ye, memang dah niat awal-awal nak tukar sekolah di kampung. Kini, saya melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahasa & Linguistik Melayu) di salah sebuah institusi terkemuka Malaysia iaitu Universiti Putra Malaysia. Pada awalnya, UPM bukanlah salah sebuah universiti yang diidamkan namun perancangan Allah itu jauh lebih baik. Cita-cita ? Sudah semestinya seorang pendidik ! Entah mengapa naluri ini kuat sungguh mengatakan bahawa suatu hari nanti, Nur Afiqah bakal menjadi seorang guru. Aamiin.!
Semoga diri ini terus kuat menempuh liku-liku bergelar seorang pelajar. Insya-Allah
Doakan insan kerdil yang mengejar cita-citanya sendiri 💓
Salam sayang ; Fiqa !
SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021
Setiap tugasan sepanjang 14 minggu disertakan dengan pautan di bawah : 1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA ...
-
Pepatah Melayu ada mengatakan, "Tak kenal maka tak cinta". Jadi, jom kita berkenalan 😍 Hi, Assalamualaikum ! Nama diberi Nur Afi...
-
Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang : Penerbit UPM. 1. BUNTING/ BANNER Huraian · Banner ialah suat...
-
Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa . Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia. Hai, Assalamualaikum semua !...